Saturday, March 21, 2015

Bercerita tentang jodoh, semua orang menginginkan jodoh yang terbaik buat dirinya. Tetapi ada sesetengahnya Allah kurniakan jodoh yang bukan diimpikannya kerana Allah ingin menguji hambanya dengan cara sedemikian. Pasti terlintas dalam fikiran kita bahawa Allah telah berjanji bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik juga bukan? Sudah semestinya. Tapi harus kita beringat bahawa sifat manusia itu sendiri yang sentiasa akan berubah. Yang kurang baik menjadi yang lebih baik dan sebaliknya. Allah kurniakan seseorang yang kurang baik dalam kehidupan kita walau kita telah mencuba menjadi yang terbaik kerana Allah nak kita bersama-sama dengan dia berusaha menjadi hamba Allah yang terbaik cuma cepat atau lambat sahaja. Pasti indah dan banyak cabaran, halangan, rintangan yang bakal kita tempuhi bersamanya. Jangan pertikaikan dengan apa yang telah Allah aturkan. Perancangan Allah itu sempurna. 

Dan bila seseorang itu bukan jodoh kita walau telah bertahun lamanya kita mengenalinya, bersamanya? Agak-agak apa reaksi kita? Hurm sudah semestinya kita sedih bukan? Uhuk, uhuk... 

Pasti, sepasti-pastinya kita akan bersedih tetapi bukan dengan bersedih untuk selama-lamanya. Kadang-kadang kita terpaksa menjadi bukan diri kita dengan menjadi orang yang tidak berperasaan. Mungkin itu yang terbaik buat diri kita dalam meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba.

Susah untuk terima sesuatu keadaan atau kenyataan itu? Hurm??? No komen? Jangan berselindunglah. Dah tau pun jawapannya kan, kan? Seratus peratus pasti kita sukar untuk menerimanya pada awal waktu bukan? Penipu jika kita cakap kita tak kisah, kita ok, ala biasa jerk tu. Baca ni kuat-kuat kalau boleh, PENIPU! Auchh, sentap sekejap. Hurm,,,. Kadang-kadang awak-awak semua kita perlu menjadi bukan diri kita. Kita perlu jadi orang yang mementingkan diri sendiri, kita perlu jadi orang yang tiada perasaan. Ala jadi macam orang tak ada jiwa tu. Hehe, betul tak? Hentam kromo jerklah erkk. Dan kita perlu juga untuk jadi orang yang berfikiran negatif. Tetapi itu semua bergantung pada keadaan, pada situasi tau. 

Setakat ini sahaja nukilan yang tidak seberapa comel ayatnya. Hehe. In syaa Allah ada masa akan ada sambungannya. Maaf andai ada yang menyinggungkan perasaan dan maaf juga ayat baku semacam. Aasif jiddan :)

                                                                                                              -NSMK- 21.03.15

No comments:

Post a Comment